Wednesday, 28 December 2016

Salam Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang budiman. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas segala nikmat dan limpah kurnianya dan izinNya, saya dapat mewujudkan blog ini untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini kepada anda semua. 

Izinkan saya memperkenalkan diri dahulu. Nama diberi Norarfah binti Suut. Seorang isteri, dan ummi kepada 2 orang anak.

Saya mendapat pendidikan sekolah rendah & sekolah menengah di Kuching, Sarawak. Kemudian, melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (minor Instrumentasi & Kawalan) di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. 

Setelah menamatkan pengajian, saya kemudiannya bekerja dengan syarikat multinasional Oil & Gas. Alhamdulillah, setelah 4 tahun bekerja, pada tahun 2011, saya pergi menunaikan haji bersama kedua orang tua saya. Ketika itu saya berumur 27 tahun dan belum berkahwin. Kerana kerinduan yang amat sangat, pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2012, saya pergi menunaikan umrah pula bersama abang saya. 

Lebih kurang 8 tahun setengah bekerja, alhamdulillah sekarang saya sudah berhijrah menjadi seorang W.A.H.M (Work at home mom). Saya menjaga sendiri anak-anak di rumah dan pada masa yang sama menguruskan rumah tangga dan bisnes tudung labuh sesuai untuk umrah, haji dan juga dipakai harian samada ketika solat, travel dan majlis khas.  

Buat para pembaca, salam perkenalan buat semua dan terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Semoga apa yang saya kongsikan di sini akan memberi inspirasi dan manfaat kepada kita semua, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat, inshaaAllah. 

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment