Thursday, 29 December 2016

Tips Umrah (1) : Ada ilmu asas tentang umrah

Untuk mengerjakan sesuatu ibadah, kita mestilah mempunyai ilmu asas berkenaan ibadah tersebut barulah kita dapat mengerjakannya dengan baik, betul kan? 

Antara ilmu asas yang perlu diketahui tentang ibadah umrah : 

a) Rukun umrah
b) Wajib umrah
c) Perkara-perkara larangan semasa dalam ihram
d) Miqat untuk umrah
e) Dam, etc.

Biasanya, sebelum pergi umrah, sesebuah travel agensi umrah akan menyediakan kursus persediaan buat jemaah untuk lebih memahami apa itu ibadat umrah. Tujuan kursus untuk memberi pengetahuan tentang ibadah umrah secara teori dan juga praktikal. Pastikan anda tidak terlepas menghadiri kursus ini. 

Kadang-kadang faktor masa dan lokasi mungkin menyebabkan seseorang tidak dapat menghadiri kursus umrah yang disediakan, jadi kena ambil inisiatif lebih melalui pembacaan, menonton video atau rancangan televisyen yang berkaitan dan menjemput ustaz/ustazah yang arif tentang ibadah tersebut untuk mengajarkan. 

Pastikan buku rujukan tentang umrah dibawa bersama ke Madinah/Makkah untuk pembacaan sebelum melakukan ibadah umrah dan seterusnya ulangkaji semula selepas melakukan ibadah umrah. Pakej umrah biasanya lebih kurang 12 hari/10 malam, jadi anda mungkin ada masa lebih kurang 9 atau 8 hari di Makkah untuk melakukan umrah. Dalam jangka masa tersebut, boleh melakukan beberapa kali ibadah umrah. 

#tipsumrahTIS 


No comments:

Post a Comment