Tidak dapat dinafikan, di samping mengetahui perkara asas ibadah umrah, kita juga mesti ada serba sedikit ilmu pengetahuan tentang
a) Sirah Rasulullah S.A.W
b) Sirah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
c) Sirah Siti Hajar
c) Sejarah Makkah
d) Sejarah Madinah .
InshaaAllah, dengan adanya pengetahuan berkaitan, kita akan dapat lebih menghayati ibadah umrah dan juga ketika dibawa ziarah sekitar Makkah & Madinah. Bahkan ini akan menambahkan cinta kepada nabi kerana lebih menghayati kisah perjuangan dan susah payah dakwah nabi.
Ada 2 buku yang saya sangat rekomen untuk belajar kisah Makkah & Madinah iaitu buku tulisan Dr Al Basit : Kelebihan dan Sejarah Makkah al Mukarramah & Madinah al Munawwarah.
#tipsumrahTIS
No comments:
Post a Comment