Semasa saya pergi menunaikan haji pada tahun 2011, saya tekad mahu berubah, antaranya adalah dari segi pemakaian. Saya terasa rugi jika pergi haji hendak membersihkan diri dari dosa, tetapi apabila balik, masih lagi berpakaian yang tidak menepati syariat terutama dari segi kelabuhan dan kelonggaran pakaian saya.
Sebelum pergi haji, saya membeli beberapa helai tudung labuh untuk tujuan dipakai di sana. Pilihan ketika itu terhad, saya berasa tudung yang dibeli itu tidak begitu sesuai untuk digayakan untuk pergi bekerja. Sebagai penyelesaiannya ketika itu, saya memakai sahaja tudung yang saya ada, tetapi dipastikan labuh menutupi dada dan berlapis-lapis. Supaya pakaian saya kelihatan labuh, setiap hari saya akan memakai ‘cardigan’. Jujur saya katakan, saya masih terasa canggung juga, kerana semasa pergi menunaikan haji, sudah biasa bertelekung ke sana ke mari. 44 hari tempoh perjalanan haji, tabiat dan kebiasaan lama sudah berubah, hati saya gundah gulana jika tidak berpakaian yang membolehkan saya terus solat. Semasa pergi haji, banyak jubah yang saya beli, tetapi tudung tiada pula pilihan yang menarik hati.
Tudung labuh pertama saya. Gambar diambil pada hari tarwiyah, sehari sebelum hari Arafah. Ketika ini kami masih di hotel, bersiap-siap hendak pergi ke Arafah untuk wukuf.
'
Pada bulan Mei-Jun tahun 2012, Alhamdulillah saya pergi menunaikan umrah ditemani abang saya. Tidak dapat dinafikan kerinduan saya pada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi masih menebal setelah balik dari haji, syukur rasanya diberi peluang menunaikan umrah pada tahun berikutnya.
Setelah balik dari umrah pada tahun 2012, saya tekad mahu mencari tudung labuh yang sesuai untuk saya pakai ke mana-mana sahaja, terutamanya semasa pergi bekerja. Revolusi perniagaan online di facebook juga sudah mula berkembang ketika itu. Alhamdulillah, saya terjumpa satu facebook page yang khusus menjual tudung labuh secara online iaitu dari jenama Inspirasihana. Saya terus memborong tudung-tudung labuh yang ada.
Sekarang, alhamdulillah bermula dengan dropshipper, saya sudah menjadi salah seorang stokis Inspirasihana. Saya mahu membantu lebih ramai muslimah mengenakan tudung yang menepati syariat, dan terus boleh dibawa bersolat. Semoga Allah mudahkan jalan ini, dan saya akan terus istiqamah membantu para muslimah di luar sana.
Jika anda mempunyai niat untuk berhijrah ke pemakaian yang lebih labuh dan longgar, tetapi masih banyak halangan dan mempunyai perasaan risau dan takut, saya doakan semoga Allah permudahkan jalan anda. Mohonlah kepada Allah tunjukkan jalan dan kuatkan hati, Sesungguhnya Allah itu dekat dan mendengar permintaan hambaNya.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tudung labuh terutamanya yang sesuai untuk kegunaan umrah haji ataupun harian, bolehlah menghubungi saya seperti berikut :
WhatsApp : 0168072748 (Puan Norarfah).
Instagram : Arfah_Hijab_Labuh
Fb page : Arfah Hijab Labuh
Instagram : Tudung_Inspirasihana_Sarawak
Fb page : Tudung Inspirasihana Sarawak
Instagram : Arfah_Hijab_Labuh
Fb page : Arfah Hijab Labuh
Instagram : Tudung_Inspirasihana_Sarawak
Fb page : Tudung Inspirasihana Sarawak
No comments:
Post a Comment