Tuesday, 10 January 2017

Mencari Tudung Sarung yang Sesuai Untuk Kegunaan Semasa Umrah Haji ?

Assalamualaikum. 

Anda bakal menunaikan umrah atau haji pada tahun ini? Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan. 😊 
Semoga anda beroleh umrah atau haji yang mabrur, InshaaAllah. 

Selain melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang ibadah umrah atau haji, aspek pemakaian yang menutup aurat juga harus diambil kira semasa mengerjakan ibadah umrah atau haji. 
Umumnya bagi wanita, pemakaian tudung yang labuh menutupi dada mengikut syariat, berdagu dan membolehkan sentiasa ready solat, adalah jenis tudung yang sangat digalakkan untuk dipakai sepanjang mengerjakan umrah atau haji. 

Sekiranya anda masih tercari-cari tudung labuh yang sesuai untuk kegunaan ketika umrah atau haji, kami menawarkan pilihan tudung sarung yang inshaaAllah sesuai ketika berada di sana. 

Apa manfaatnya tudung sarung AsSoffa ini? 


🌸 Mudah dipakai, cuma perlu sarung sahaja. Tudung ini membolehkan anda bersiap dengan pantas. Bahkan boleh pakai tudung tak perlu tengok cermin pun 😄😉


🌸 Labuh ikut syariat dan berdagu. Sesuai dibawa solat. 
🌸 Tidak perlu diseterika kerana materialnya yang ironless. 

 Material tidak panas inshaaAllah sesuai dengan cuaca di Makkah & Madinah 
 Material tidak melekap

Terdapat dalam pilihan saiz XL, XXL dan XXXL. 
Buat masa sekarang, ready stok dalam saiz XXL. 
Preorder available untuk saiz XL & XXXL. 

Pengeposan seluruh Malaysia & Brunei. 

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Norarfah 0168072748. 

Boleh juga kunjungi 

Jom tengok gambar dan testimoni tudung AsSoffa :) 




Tips umrah 8) : Sentiasa bawa tag pengenalan diri

Biasanya petugas akan berpesan kepada para jemaah agar sentiasa membawa tag pengenalan diri apabila keluar dari hotel penginapan. Pada tag pengenalan ini tertulis nama kita, nama pakej, nama hotel penginapan dan etc.

Pengalaman saya sendiri, tag pengenalan diri ini sangat membantu apabila anda tidak ada membawa apa-apa bersama anda (tiada kad hotel, etc.) ataupun jemaah tersesat, cuma tunjukkan tag pengenalan diri minta pertolongan untuk tunjukkan jalan. Jemaah haji juga sebenarnya ada extra pengenalan diri, iaitu gelang haji yang sentiasa dipakai ke mana-mana. 


Back to the story, pernah satu ketika pada musim haji, semasa antara waktu asar & maghrib, saya pergi ke tandas. Ada lebih kurang 2 jam jarak, tetapi jarak itu sangat sekejap sebenarnya, sedangkan saya sudah ada saf di dalam masjid bersama emak saya. Kesesakan di masjidilharam menyebabkan hendak pergi ke tandas pun mengambil masa selama 1 jam. 

Semasa musim haji, kalau 1 jam sebelum solat, agak mustahil nak dapat masuk semula ke dalam masjid  😢😢.  Walaupun saya sudah ada saf di dalam masjid, tetapi pengawal sudah tidak membenarkan masuk ke dalam masjid kerana keadaan yang sudak sesak. 

Saya dalam keadaan itu tadi pula, hanya membawa handphone dan barang-barang semua ditinggalkan bersama emak saya di dalam masjid. Di luar perkarangan masjid juga sudah amat sesak, saya tidak berjaya mendapat saf, akhirnya terpaksa solat dalam saf di jalanan. 

Selalunya selesai solat, kami akan balik setengah jam lebih lewat kerana menunggu kesesakan berkurang. Namun kerana saya sudah di luar masjid, dan tidak mahu melawan arus kesesakan, saya mengambil keputusan untuk terus sahaja balik ke hotel seorang diri. Emak di dalam masjid balik bersama ayah. 

Ketika itu, walaupun tiada kad hotel, dengan adanya tag pengenalan diri,  pekerja hotel/petugas akan membantu.



Harap maklum juga tag pengenalan diri juga bergantung pada pakej travel tour yang mana anda gunakan. Saya ada pengalaman masa umrah 2012, rupanya pakej umrah yang saya gunakan tidak ada keterangan tentang nama hotel 😂😂 


Monday, 9 January 2017

Tips umrah (7) Check point : Di mana berjanji hendak berjumpa semula?

Tidak dapat dinafikan sangat ramai manusia di bumi Haramain, apatah lagi di musim haji ataupun musim puncak (peak season) umrah.



Keadaan bersesak sesak di masjidil haram semasa tawaf misalnya boleh menyebabkan kita terpisah dengan ahli keluarga/kawan/rombongan. Oleh itu, buat perjanjian di mana tempat check point untuk berjumpa semula jika terpisah. Jika belum biasa dengan masjidil haram misalnya boleh tersesat, oleh itu sentiasa amati dan perhatikan apa yang unik keadaan sekeliling.

Beri perhatian pintu gate no berapa yang kita masuk, pintu gate berapa khas untuk perempuan/lelaki, rak kasut no berapa, ahli keluarga kita memakai pakaian apa, dan sebagainya.

Walaupun ada telefon untuk berhubung, sangat penting perkara seperti ini diberi perhatian.

Di bumi haramain, sangat penting menjaga lintasan hati dan percakapan. Jangan sesekali timbul lintasan hati yang tidak sewajarnya kerana di bumi ini mashaaAllah sungguh banyak yang ajaib dan cepat termakbul.

Semoga istiqamah juga menjaga lisan sekembali ke tanah air.

Tips Umrah (6) : Taubat

Taubat definisi ringkas adalah meminta ampun dari Allah, menyesal atas dosa yang dilakukan, berazam untuk menjauhi maksiat dan berhenti melakukan maksiat. 

Kita sebagai hamba Allah sebenarnya tidak lepas dari melakukan dosa. Begitu juga saya hamba yang kerdil ini.


Ingat lagi perjalanan hidup saya hamba yang banyak dosa ini 😢, semasa solat taubat pada 1 malam dalam tahun 2009 lah, timbul lintasan dalam hati saya teringin untuk pergi menunaikan haji kerana mahu meminta ampun 😢😢. Allah yang Maha Penyayang Maha Pengasih alhamdulillah kemudiannya memakbulkan impian saya untuk pergi haji bersama ibu dan ayah pada tahun 2011. Ketika itu umur saya 27 tahun.

Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang, selagi nyawa kita masih ada, selagi roh belum sampai ke kerongkong selagi itulah Dia menerima taubat kita.

Jom sama-sama usaha perbaiki diri dan banyakkan bertaubat untuk dibawa bekalan ke akhirat sana. Terutamanya yang nak pergi umrah atau haji dan sedang mengerjakan umrah, jom banyakkan taubat dan semoga istiqamah selepas kembali ke tanah air Malaysia. Semoga Allah redha.


Wednesday, 4 January 2017

Tips umrah (5) : Banyakkan bersedekah

Antara amalan yang sangat besar ganjarannya, adalah bersedekah. Malah disebut di dalam Al Quran, jika seseorang itu minta ditangguhkan kematiannya, amalan yang hendak dilakukannya adalah bersedekah. 

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ


Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Surah al Munafiqun ayat 10) 
Antara amalan yang sangat digalakkan semasa berada di tanah haram ialah banyakkan bersedekah. Antara kaedahnya adalah dengan bersedia dengan duit kecil siap-siap (1 riyal, 5 riyal,10 riyal) semasa pergi solat.

Antara tips yang pernah dikongsikan  oleh penceramah kursus haji, adalah bersedekah kepada pekerja di masjidilharam atau masjid Nabawi. Berhati hati juga jika mahu bersedekah, kerana saya pernah juga melihat sendiri seorang lelaki China pernah diekori oleh kumpulan peminta sedekah yang lain selepas dia bersedekah kepada seorang fakir. Sangat penting sekali jaga niat bersedekah kerana Allah Taala. 


Selain duit, boleh juga sedekahkan makanan. Teringat saya perkongsian prof kamil, antara tips sedekah yang menarik adalah menyedekahkan gula-gula batuk seperti strepsils, etc. Semasa musim haji 2011, ramai jemaah yang batuk. Ketika itulah, gula-gula batuk tidak kiralah apa jenama sangat bermanfaat buat para jemaah.



Semoga bermanfaat perkongsian tips, dan semoga anda istiqamah juga bersedekah sekembalinya ke tanahair.









Tips umrah (4) : Perbanyakkan amalan solat sunat

Antara amalan yang sangat digalakkan adalah memperbanyakkan solat sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, solat witir, solat sunat rawatib (qabliyyah & ba'diyyah) iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat fardu.

Ambillah kesempatan perbanyakkan solat sunat di Masjidilharam Makkah yang menjanjikan ganjaran 100 ribu kali ganda lebih afdhal, manakala Masjid Nabawi Madinah ganjarannya 1 ribu kali ganda lebih afdal.

Jika di Malaysia, senang hendak mendapat saf solat. Tetapi di Makkah & Madinah, anda harus datang awal untuk mendapat saf di dalam masjid. 

Pengalaman saya, kalau musim haji, paling kurang 2 atau 3 jam sebelum sudah berada di dalam masjid barulah senang hendak mendapat saf. Kalau umrah, 1 jam or 1/2 jam sebelum inshaaAllah anda masih boleh dapat saf di dalam masjid kerana bilangan orang tidak seramai musim haji, tetapi ianya bergantung juga kepada musim umrah tersebut. 



Apabila sudah mendapat di dalam masjid, ambillah kesempatan solat sunat yang bersesuaian. Paling kurang pun, solat sunat tahiyatul masjid jika kita tidak tawaf sejurus masuk ke dalam masjidilharam Makkah.  



Semoga istiqamah juga melakukan solat sunat di tanahair :) 



Monday, 2 January 2017

Tips umrah (3) : Dalami ilmu pengetahuan tentang ibadah wajib & sunat.

Di Makkah dan Madinah, anda akan bertemu pelbagai ragam manusia di Makkah & Madinah yang mungkin boleh mengelirukan anda. Masakan tidak umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di sana. Justeru itu, sangat penting untuk mengukuhkan dan mendalami ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ibadah wajib dan sunat. 

Untuk haji, biasanya dalam kursus intensif haji, akan turut juga disentuh berkaitan perkara asas seperti solat. Kalau tanya diri kita, bila kali terakhir kita belajar semula tentang solat ..? Ataupun pemahaman kita adalah apa yang dipelajari semasa zaman sekolah rendah? 

Sekiranya anda pergi menunaikan umrah melalui pakej travel, kursus umrah tidak begitu intensif seperti kursus haji. Oleh itu, ulangkajilah serba sebanyak berkaitan ibadah wajib dan sunat, seperti solat. 

Selain itu, ketahui serba sedikit juga perbezaan antara 4 mazhab . Antara contoh yang paling ringkas adalah Solat subuh di Masjidilharam dan juga Masjid Nabawi tidak membaca doa qunut. Ambil tahu juga serba sedikit tentang keputusan muzakarah haji tentang beberapa perkara, seperti bersentuhan lelaki dan perempuan semasa tawaf misalnya, adakah ianya membatalkan wuduk? 

Di Masjidilharam & Masjid Nabawi, selesai solat berjemaah biasanya ada solat jenazah. Sekiranya tidak pernah solat jenazah sebelum ini, ambil peluang ini untuk turut serta solat jenazah. 

Seiring dengan persiapan untuk menunaikan umrah, semoga bertambah juga kecintaan untuk sentiasa mendalami pengetahuan tentang ibadah wajib dan sunat :)