Wednesday, 4 January 2017

Tips umrah (4) : Perbanyakkan amalan solat sunat

Antara amalan yang sangat digalakkan adalah memperbanyakkan solat sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, solat witir, solat sunat rawatib (qabliyyah & ba'diyyah) iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat fardu.

Ambillah kesempatan perbanyakkan solat sunat di Masjidilharam Makkah yang menjanjikan ganjaran 100 ribu kali ganda lebih afdhal, manakala Masjid Nabawi Madinah ganjarannya 1 ribu kali ganda lebih afdal.

Jika di Malaysia, senang hendak mendapat saf solat. Tetapi di Makkah & Madinah, anda harus datang awal untuk mendapat saf di dalam masjid. 

Pengalaman saya, kalau musim haji, paling kurang 2 atau 3 jam sebelum sudah berada di dalam masjid barulah senang hendak mendapat saf. Kalau umrah, 1 jam or 1/2 jam sebelum inshaaAllah anda masih boleh dapat saf di dalam masjid kerana bilangan orang tidak seramai musim haji, tetapi ianya bergantung juga kepada musim umrah tersebut. 



Apabila sudah mendapat di dalam masjid, ambillah kesempatan solat sunat yang bersesuaian. Paling kurang pun, solat sunat tahiyatul masjid jika kita tidak tawaf sejurus masuk ke dalam masjidilharam Makkah.  



Semoga istiqamah juga melakukan solat sunat di tanahair :) 



No comments:

Post a Comment