Wednesday, 4 January 2017

Tips umrah (5) : Banyakkan bersedekah

Antara amalan yang sangat besar ganjarannya, adalah bersedekah. Malah disebut di dalam Al Quran, jika seseorang itu minta ditangguhkan kematiannya, amalan yang hendak dilakukannya adalah bersedekah. 

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ


Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Surah al Munafiqun ayat 10) 
Antara amalan yang sangat digalakkan semasa berada di tanah haram ialah banyakkan bersedekah. Antara kaedahnya adalah dengan bersedia dengan duit kecil siap-siap (1 riyal, 5 riyal,10 riyal) semasa pergi solat.

Antara tips yang pernah dikongsikan  oleh penceramah kursus haji, adalah bersedekah kepada pekerja di masjidilharam atau masjid Nabawi. Berhati hati juga jika mahu bersedekah, kerana saya pernah juga melihat sendiri seorang lelaki China pernah diekori oleh kumpulan peminta sedekah yang lain selepas dia bersedekah kepada seorang fakir. Sangat penting sekali jaga niat bersedekah kerana Allah Taala. 


Selain duit, boleh juga sedekahkan makanan. Teringat saya perkongsian prof kamil, antara tips sedekah yang menarik adalah menyedekahkan gula-gula batuk seperti strepsils, etc. Semasa musim haji 2011, ramai jemaah yang batuk. Ketika itulah, gula-gula batuk tidak kiralah apa jenama sangat bermanfaat buat para jemaah.



Semoga bermanfaat perkongsian tips, dan semoga anda istiqamah juga bersedekah sekembalinya ke tanahair.









No comments:

Post a Comment