Taubat definisi ringkas adalah meminta ampun dari Allah, menyesal atas dosa yang dilakukan, berazam untuk menjauhi maksiat dan berhenti melakukan maksiat.
Kita sebagai hamba Allah sebenarnya tidak lepas dari melakukan dosa. Begitu juga saya hamba yang kerdil ini.
Ingat lagi perjalanan hidup saya hamba yang banyak dosa ini 😢, semasa solat taubat pada 1 malam dalam tahun 2009 lah, timbul lintasan dalam hati saya teringin untuk pergi menunaikan haji kerana mahu meminta ampun 😢😢. Allah yang Maha Penyayang Maha Pengasih alhamdulillah kemudiannya memakbulkan impian saya untuk pergi haji bersama ibu dan ayah pada tahun 2011. Ketika itu umur saya 27 tahun.
Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang, selagi nyawa kita masih ada, selagi roh belum sampai ke kerongkong selagi itulah Dia menerima taubat kita.
Jom sama-sama usaha perbaiki diri dan banyakkan bertaubat untuk dibawa bekalan ke akhirat sana. Terutamanya yang nak pergi umrah atau haji dan sedang mengerjakan umrah, jom banyakkan taubat dan semoga istiqamah selepas kembali ke tanah air Malaysia. Semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment