Tidak dapat dinafikan sangat ramai manusia di bumi Haramain, apatah lagi di musim haji ataupun musim puncak (peak season) umrah.
Keadaan bersesak sesak di masjidil haram semasa tawaf misalnya boleh menyebabkan kita terpisah dengan ahli keluarga/kawan/rombongan. Oleh itu, buat perjanjian di mana tempat check point untuk berjumpa semula jika terpisah. Jika belum biasa dengan masjidil haram misalnya boleh tersesat, oleh itu sentiasa amati dan perhatikan apa yang unik keadaan sekeliling.
Beri perhatian pintu gate no berapa yang kita masuk, pintu gate berapa khas untuk perempuan/lelaki, rak kasut no berapa, ahli keluarga kita memakai pakaian apa, dan sebagainya.
Walaupun ada telefon untuk berhubung, sangat penting perkara seperti ini diberi perhatian.
Di bumi haramain, sangat penting menjaga lintasan hati dan percakapan. Jangan sesekali timbul lintasan hati yang tidak sewajarnya kerana di bumi ini mashaaAllah sungguh banyak yang ajaib dan cepat termakbul.
Semoga istiqamah juga menjaga lisan sekembali ke tanah air.
No comments:
Post a Comment