Tuesday, 10 January 2017

Tips umrah 8) : Sentiasa bawa tag pengenalan diri

Biasanya petugas akan berpesan kepada para jemaah agar sentiasa membawa tag pengenalan diri apabila keluar dari hotel penginapan. Pada tag pengenalan ini tertulis nama kita, nama pakej, nama hotel penginapan dan etc.

Pengalaman saya sendiri, tag pengenalan diri ini sangat membantu apabila anda tidak ada membawa apa-apa bersama anda (tiada kad hotel, etc.) ataupun jemaah tersesat, cuma tunjukkan tag pengenalan diri minta pertolongan untuk tunjukkan jalan. Jemaah haji juga sebenarnya ada extra pengenalan diri, iaitu gelang haji yang sentiasa dipakai ke mana-mana. 


Back to the story, pernah satu ketika pada musim haji, semasa antara waktu asar & maghrib, saya pergi ke tandas. Ada lebih kurang 2 jam jarak, tetapi jarak itu sangat sekejap sebenarnya, sedangkan saya sudah ada saf di dalam masjid bersama emak saya. Kesesakan di masjidilharam menyebabkan hendak pergi ke tandas pun mengambil masa selama 1 jam. 

Semasa musim haji, kalau 1 jam sebelum solat, agak mustahil nak dapat masuk semula ke dalam masjid  ðŸ˜¢ðŸ˜¢.  Walaupun saya sudah ada saf di dalam masjid, tetapi pengawal sudah tidak membenarkan masuk ke dalam masjid kerana keadaan yang sudak sesak. 

Saya dalam keadaan itu tadi pula, hanya membawa handphone dan barang-barang semua ditinggalkan bersama emak saya di dalam masjid. Di luar perkarangan masjid juga sudah amat sesak, saya tidak berjaya mendapat saf, akhirnya terpaksa solat dalam saf di jalanan. 

Selalunya selesai solat, kami akan balik setengah jam lebih lewat kerana menunggu kesesakan berkurang. Namun kerana saya sudah di luar masjid, dan tidak mahu melawan arus kesesakan, saya mengambil keputusan untuk terus sahaja balik ke hotel seorang diri. Emak di dalam masjid balik bersama ayah. 

Ketika itu, walaupun tiada kad hotel, dengan adanya tag pengenalan diri,  pekerja hotel/petugas akan membantu.



Harap maklum juga tag pengenalan diri juga bergantung pada pakej travel tour yang mana anda gunakan. Saya ada pengalaman masa umrah 2012, rupanya pakej umrah yang saya gunakan tidak ada keterangan tentang nama hotel ðŸ˜‚😂 


No comments:

Post a Comment